Agency

Design & Bake newsletter launch - Issue #1

Bismillah 👋 Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, today i'm launching my Design & Bake Newsletter!

Hello semua, Ekin nak kongsi update sikit dgn kawan2 ✨😃

Oleh kerana wabak Covid-19 merebak, Ekin mempraktikkan kemahiran utama dengan menulis buletin Design & Bake. Untuk membina daya ketahanan mental, ekin memulakan business membuat dan menjual roti dari rumah seperti Roti-Hotdog & Popia Snack. Ia dapat menyokong keperluan kewangan Ekin & membawa hasil yang positif.

💖 Ekin kongsi 3 perkara:

  1. launching Design & Bake Newsletter (Jangan lupa subscribe!)
  2. launching Home-Based Ekin: Roti-Hotdog & Popia Snack
  3. launching https://bynoorwa.com Design Agencykljnzxlnzlxzlxmz

Apa tu Design & Bake Newsletter?

Ekin menggunakan web twitter x revue newsletter yang percuma untuk mengemaskini newsletter dan berkongsi kepada email subscribers & followers Ekin di twitter. Ekin mencari peluang untuk mempelajari, membantu, membina hubungan dengan pelanggan melalui komunikasi yang konsisten dan berkesan Insya'allah. Ekin bekerja sebagai pereka grafik lebih daripada 7 tahun dan minat memasak makanan sihat. Alhamdulillah, sekarang Ekin cuba berkongsi ilmu untuk lebih belajar pengalaman dari orang lain, content manfaat dari permulaan & proses Ekin berbusiness.

🌍 Dalam dunia ini:

  • 📕 80% pelajar
  • 📘 19% pelajar yang tidak belajar
  • 📗 1% pelajar yang belajar semula.
  • Jadilah 1%
“The illiterate of the future are not those who can’t read or write but those who cannot learn, unlearn and relearn.” - Alvin Toffler

Kenapa jual roti-hotdog & popia snack?

Permulaan jualan roti-hotdog & popia snack Ekin mula dari share di aplikasi whatsapp, facebook & instagram stories dengan kawan-kawan dan sekeluarga. Kali pertama ekin membuat jualan makan untuk yang menyukai makanan snack & bakeri. Terima kasih pada kawan-kawan ekin yg ikhlas share comment dan support ekin. Terima kasih juga pada family yang support. Alhamdulillah Allah bantu Ekin cari rezeki, Insya'allah terus usaha & mencuba.

"Rezeki dari Allah, percayalah" - @bynoorasyikin

Amal kan ayat "Seribu Dinar" untuk cari rezeki?

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. -  (Surah Al-Talaq : 2-3)

Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala seribu dinar bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal. Bahkan Allah SWT akan mengurniakan baginya ganjaran yang lebih daripada seribu dinar jika setiap amalan itu disertakan dengan taqwa, berdasarkan firman Allah SWT:
واللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
MaksudnyaAllah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. -(Surah Al-Baqarah:261) 

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2819-irsyad-al-fatwa-273-tafsir-ayat-seribu-dinar

 

Alhamdulillah bersyukur sangat, ada yg bantu share kat twitter @bynoorasyikin RT with love. 💙thank you for your support. Especially YS!💖@youngsyefura, @afiqsaadon, @taufikgrandlaha dan ramai lagi di twitter. Thanks uolls!

 

Kenapa nak buat design agency?

Ekin mula work from home hampir 1 tahun sejak Covid19 lockdown. So ada buat freelance graphic design service untuk project2 kecik & untuk company. Ni pun baru nak mula startup business kecik2 https://bynoorwa.com dengan kawan baik Ekin.

Insya'allah design Ekin dapat membantu project yg kecik2, serta menjimatkan masa dan duit. Ini adalah masalah yg Ekin ingin menyelesaikan business2 yang memerlukan design service dengan memberikan perkhidmatan yg dedicated (tugas design yg tertentu). Sesiapa perlukan logo design, illustration design, nak buat publication design atau social media content design boleh isi borang kat website business Ekin. Design file, invoice & bayaran online Ekin sedia kan. Harga & budget boleh dibincang.

Bayar per project atau monthly pun ok je. Jangan lupa kasi Ekin dateline, design brief yg tepat. Kalau boleh provide details yg boleh membantu macam mock-up atau draft itu akan membantu. Jadi senang sikit nak faham buat kerja. Jangan bagi Ekin dateline yang masa terlalu singkat dan juga jangan lah bayar lambat atau tak bayar. Portfolio Ekin ada je kat online https://noorasyikin.com/portfolio.

Design Services @bynoorwa

  • Logo Design
  • Corporate Branding Design
  • Publication Annual Report
  • Book Design
  • Social media Marketing Design
  • Merchandise Design

Ekin yakin Tiktok boleh membantu bakers.

Alhamdulillah, hari tu ada order untuk sekolah. Terima kasih sangat2 support business Ekin jualan roti-hotdog. Semoga Allah balas kebaikan, Aamiin.

Ekin baru je buat tiktok account untuk kongsi pengalaman, ilmu, sedikit hiburan & insya'allah content yang manfaat. Jom follow Ekin kat tiktok https://tiktok.com/@bynoorasyikin kat sana ada je home-baker, designer2 & founder2 hebat dan content yang kreatif.

Terima kasih, Semoga Allah balas kebaikanmu.

Jom Support #supportsmallbusiness

Kudap-dap sedap, dongibab kipidap!

🤲 Doakan untuk Ekin, Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Aamiin

Design & Bake Newsletter by @bynoorasyikin

Graphic Design Agency: https://bynoorwa.com

Popia Snack: https://noorasyikin.com/popiasnack

Roti Hotdog: https://noorasyikin.com/rotihotdog

Related posts