View profile

A Pandemic Story & Remote Work was REAL!!! - Issue #7

Remote Graphic Designer
👋 Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Hye, kali ini ekin nak cerita tentang Kisah Pandemik antara Malaysia dan Singapura. Now we are Husband and Wife. Weeeee!!!!
Pada 2019, Ekin dan Fajar Siddiq (suami) sudah berkenalan sebagai business partner. Dari online platform, kami mula share experience, business model, project, problems and remote work.
Pada 2020, Malaysia isytiharkan COVID-19 pandemik. Semua rakyat ketika itu sedih dengan sara hidup yang amat sukar dan kerinduan pada keluarga.
Detik-detik kami berkenalan ketika covid-19 sudah hampir 3 tahun. Setiap hari boleh dikatakan kami selalu berfacetime bila driving, makan, watch movie and shopping. Dalam masa 3 tahun itu, banyak dugaan dan perselisihan faham, alhamdulliah kami bertahan hingga kini.
“Relationship pandemik ini, kami hanya berserah pada Allah. Kalau itu jodoh kita, Moga Allah permudahkan segalanya walau apa jua”.

Hari yang tidak dijangka
Pada 2022, Semua negeri sudah boleh merentas negeri, boleh bermula bekerja dan malaysia getting better, cuma ketika itu sempadan negara masih tidak dibuka lagi.
Pada bulan Mac, kami cadang bertunang dan taaruf melalui video call melalui facetime. Perasaan berdebar apabila taaruf turut dirasa. Penerimaan pihak keluarga setuju untuk adakan majlis tunang.
Taaruf melalui facetime
Taaruf melalui facetime
Alhamdulillah, dengan doa kami secara tiba-tiba PM Malaysia membuat pengumuman pada 1 April 2022 border antara Malaysia dan Singapura akan dibuka. 
Perancangan Allah S.W.T itu indah sekali”.
Border antara Malaysia dan Singapura
Border antara Malaysia dan Singapura
Persiapan majlis tunang dan perkahwin hanya 2 minggu
Allhamdulilah, kami berbincang untuk merisik/tunang pada 5 Mei 2022. Dengan peluang ini, secara tiba-tiba berfikir “ Why not kita tunang sekali kahwin”. We agree akan buat majlis tunang dan majlis kahwin dalam bulan sama. 
Kami decide pada 5 Mei 2020 merisik/tunang dan berkahwin pada 22 Mei 2022. Kebetulan tarikh sesuai dengan kami. Apa lagi kitaorg pun LOCK THE DATE & SAVE THE DATE. 😊
Kami ambil langkah ini kerana risau mungkin akan datang sempadan border tutup semula.
Cabaran dan dugaan persediaan majlis
Hanya masa sebulan sahaja untuk kami buat persediaan majlis tunang dan juga majlis perkahwinan. Yang amat penting sekali adalah borang perkahwinan.
Antara kesabaran dan fokus amat diperlukan supaya tiada kesilapan:
Imigresen Negeri Selangor
Imigresen Negeri Selangor
Mendapatkan cop imigresen untuk borang pengesahan pas perkahwinan warga asing
Mendapatkan cop imigresen untuk borang pengesahan pas perkahwinan warga asing
Beberapa cabaran yang dihadapi
  • Mencari barang-barang tunang, baju tunang ketika bulan puasa penuh dengan kesabaran dan ketika itu sempadan border masih belum buka.
  • Kesungguhan kami memilih baju tunang berdasarkan saiz yang diberi dan video call melalui facetime amat berbeza dari segi pilihan warna.
  • Selain itu, barang-barang hantaran mengikut trend dibeli di GM Klang dan online shopee. Konsep kami adalah hidden hantaran, ia amat simple dan trending.
  • Kesilapan seller shopee apabila bunting yang diorder telah tertukar alamat.
Tiba hari majlis pertunang, Alhamdulillah persediaan majlis dibuat secara kecil-kecilan dan makanan yang memuaskan.
Majlis pertunangan
Majlis pertunangan
Habis majlis pertunang, keesokan hari kami membuat persediaan untuk majlis perkahwinan pula dalam masa 2 minggu. 
Yang merisaukan kami adalah borang perkahwinan sempat ke tidak untuk dapatkan kelulusan berkahwin. Segala peselisihan, penat lelah kami hanya Allah S.W.T yang tahu.
Alhamdulilah, Slip perakuan nikah akhirnya dapat dan boleh la kahwin 😁
Alhamdulilah, Slip perakuan nikah akhirnya dapat dan boleh la kahwin 😁
Hantaran pihak lelaki
Hantaran pihak lelaki
Hantaran pihak perempuan
Hantaran pihak perempuan
Hari kebahagiaan
Pada majlis perkahwinan, kami urus bersama hingga akhir majlis. Allhamdulillah dihari perkahwinan kami, majlis amat meriah dengan adanya kompang dan silat, bergambar serta jurucakap majlis.
Majlis pernikahan
Majlis pernikahan
Kad kahwin digital
Kad kahwin digital
Majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan
Keluarga pihak perempuan
Keluarga pihak perempuan
Keluarga pihak lelaki
Keluarga pihak lelaki
Kami amat berpuas hati apa yang kami rancang dan lalui bersama sampai hari bahagia kami. Masya'allah Tabarakallah
Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan yang membantu pada hari majlis dan sebelum hari majlis kami. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik anda.
Segala pertanyaan, memgenai kahwin dengan warga asing boleh PM ye!!
Dibawah ekin share bebrapa info:
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca blog ini.
Did you enjoy this issue? Yes No
Noor Asyikin
Noor Asyikin @bynoorasyikin

Co-Founder of Bynoorwa.com & Remote Graphic Designer from Kuala Lumpur, Malaysia.

In order to unsubscribe, click here.
If you were forwarded this newsletter and you like it, you can subscribe here.
Created with Revue by Twitter.
🇲🇾 Selangor, Malaysia
 - by noorasyikin.com