👋 Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Hye, kali ini ekin nak cerita tentang Kisah Pandemik antara Malaysia dan Singapura. Now we are Husband and Wife. Weeeee!!!!
Pada 2019, Ekin dan Fajar Siddiq (suami) sudah berkenalan sebagai business partner. Dari online platform, kami mula share experience, business model, project, problems and remote work.
Pada 2020, Malaysia isytiharkan COVID-19 pandemik. Semua rakyat ketika itu sedih dengan sara hidup yang amat sukar dan kerinduan pada keluarga.
Detik-detik kami berkenalan ketika covid-19 sudah hampir 3 tahun. Setiap hari boleh dikatakan kami selalu berfacetime bila driving, makan, watch movie and shopping. Dalam masa 3 tahun itu, banyak dugaan dan perselisihan faham, alhamdulliah kami bertahan sehingga kini.
“Relationship pandemik ini, kami hanya berserah pada Allah. Kalau itu jodoh kita, Moga Allah permudahkan segalanya walau apa jua”.
Hari yang tidak dijangka
Pada 2022, Semua negeri sudah boleh merentas negeri, boleh bermula bekerja dan malaysia getting better, cuma ketika itu sempadan negara masih tidak dibuka lagi.
Pada bulan Mac, kami cadang bertunang dan taaruf melalui video call melalui facetime. Perasaan berdebar apabila taaruf turut dirasa. Penerimaan pihak keluarga setuju untuk adakan majlis tunang.
Alhamdulillah, dengan doa kami secara tiba-tiba PM Malaysia membuat pengumuman pada 1 April 2022 border antara Malaysia dan Singapura akan dibuka.
Perancangan Allah S.W.T itu indah sekali”.
Persiapan majlis tunang dan perkahwin hanya 2 minggu
Allhamdulilah, kami berbincang untuk merisik/tunang pada 5 Mei 2022. Dengan peluang ini, secara tiba-tiba berfikir “ Why not kita tunang sekali kahwin”. We agree akan buat majlis tunang dan majlis kahwin dalam bulan sama.
Kami decide pada 5 Mei 2020 merisik/tunang dan berkahwin pada 22 Mei 2022. Kebetulan tarikh sesuai dengan kami. we LOCK THE DATE & SAVE THE DATE. 😊
Kami ambil langkah ini kerana risau mungkin akan datang sempadan border tutup semula.
Cabaran dan dugaan persediaan majlis
Hanya masa sebulan sahaja untuk kami buat persediaan majlis tunang dan juga majlis perkahwinan. Yang amat penting sekali adalah borang perkahwinan untuk yang berkahwin dengan pasang bukan warganegara.
Antara kesabaran dan fokus amat diperlukan supaya tiada kesilapan:
Mengisi borang SPPIM
Penambahan borang iaitu borang pengesahan pas perkahwinan warga asing. Borang tersebut boleh print di online. https://www.imi.gov.my/wp-content/uploads/2022/02/Borang-Pengesahan-Pas-Bagi-Tujuan-Perkahwinan-Dengan-Warganegara-Asing.pdf
Borang angkat sumpah bagi lelaki yang menyatakan pasangan adalah bujang dilakukan di ROMM Singapura.
Borang registration/kebenaran berkahwin luar negara bagi lelaki dilakukan di ROMM Singapura dengan bayaran $35.
Bagi negara Malaysia dan Singapura visa tidak diperlukan.
Test HIV perlu amik di hospital kerajaan Malaysia untuk pasangan yang bukan warganegara.
Dan apabila ingin submit borang nikah, pasangan lelaki yang bukan warganegara juga perlu angkat sumpah di pejabatan untuk menyatakan pasangan anda adalah bujang dan dikenakan bayaran.
Beberapa cabaran yang dihadapi
Mencari barang-barang tunang, baju tunang ketika bulan puasa penuh dengan kesabaran dan ketika itu sempadan border masih belum buka.
Kesungguhan kami memilih baju tunang berdasarkan saiz yang diberi dan video call melalui facetime amat berbeza dari segi pilihan warna.
Selain itu, barang-barang hantaran mengikut trend dibeli di GM Klang dan online shopee. Konsep kami adalah hidden hantaran, ia amat simple dan trending.
Kesilapan seller shopee apabila bunting yang diorder telah tertukar alamat.
Tiba hari majlis pertunangan, Alhamdulillah persediaan majlis dibuat secara kecil-kecilan dan makanan yang memuaskan.
Habis majlis pertunang, keesokan hari kami membuat persediaan untuk majlis perkahwinan pula dalam masa 2 minggu.
Yang merisaukan kami adalah borang perkahwinan sempat ke tidak untuk dapatkan kelulusan berkahwin. Segala peselisihan, penat lelah kami hanya Allah S.W.T yang tahu.
Hari kebahagiaan
Pada majlis perkahwinan, kami urus bersama hingga akhir majlis. Allhamdulillah dihari perkahwinan kami, majlis amat meriah dengan adanya kompang dan silat, bergambar serta jurucakap majlis.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Baarakallahu laka wa baaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khayrin
Maksudnya: “Semoga Allah memberkati ketika bahagia dan ketika susah, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” – (Hadis riwayat Abu Daud)