Popia Snack
✨ Bismillah 👋 Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Kali ni Ekin nak kongsi tentang keistemewaan Popia Snack. Mungkin tidak ramai orang tahu apa Ekin jual dan kenapa Ekin buat ni.
Apa tu Popia Snack?
Firstly, Popia Snack adalah makanan kudap-kudap, banyak kudap-kudap lain di luar sana dah berjaya, Ekin nak cuba untuk Popia Snack. Selalu time yang best makan kudap-kudap ni, bila korang tengok TV, main game, bila korang buat kerja dan bila korang teringin nak makan. Ekin start buat Popia Snack untuk makan-makan di rumah yang menjadi tester family, anak buah dan kawan Ekin. Kawan-kawan yang bagi semangat untuk buat Popia Snack.
https://twitter.com/bynoorasyikin/status/1378004953319403520
Prosess buat macam mana?
Ekin share prosess buat Popia Snack ni mula-mula mudah untuk makan sendiri. Bila dapat order yang banyak, Ekin akan plan beli barang awal dan cukup. Selalunya barang-barang yang Ekin beli di kedai bakery dekat seri kembangan stor Rakan, kat sana korang boleh dapat banyak barang baker. Kalau nak tengok video Ekin buat prosses Popia Snack ada kat tiktok.
Ekin share process macam mana buat Popia Snack flavor Nestum.
Ada banyak brand popia kat kedai, mana-mana je boleh guna. Untuk flavor popia nestum, mesti ada Nestum, Gula Kastor, Holicks, Creamer dan Minyak masak. Flavor milo & oreo korang boleh ganti dengan milo & serbuk oreo.
Cara nak membuat pula, first korang kene gulung kulit popia dahulu, tapi sebelum tu pastikan tempat tidak berangin supaya kulit popia tidak keras. Setelah habis gulung, popia kena gunting ikut size, terpulang size kecil atau sederhana supaya senang dimakan.
Setelah siap gunting, minyak masak dipanaskan dan digoreng dengan api yang kecil supaya tidak hangus, Bila dalam keadaan mengoreng popia, api sentiasa dikawal.
Last step untuk buat flavor Nestum, ekin pastikan popia dalam keadaan sejuk selepas itu masukkan nestum, holicks, creamer dan juga gula kastor. Ekin tak ikut sukatan, just agak-agak je. Seterusnya, gaulkan dengan rata dan sebati supaya rasa melekat pada popia.
First cuba, banyak fail dan kadang-kadang kurang rasa. tapi Ekin tidak give up, perbaiki mana yang kurang. - @bynoorasyikin
Terima kasih yang order dan support. Dan juga, terima kasih yang baca blog serta subscribe newsletter Ekin!