Dokumen Lengkap Tanpa Perlu Beratur Panjang: Renew Pas Lawatan Sosial Suami/Isteri
π Pernah terjadi kepada suami, permohonan ditolak.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada subscribe blog saya kali ini. Saya ingin kongsi, bagaimana ingin renew Pas Lawatan Sosial Suami / Isteri. Alhamdulillah, sudah tahun keempat suami dapat renew Pas Lawatan.
βPernah terjadi pada saya dan suami, memang sangat sedih, lebih-lebih lagi bila tarikh tamat tempoh semakin hampir.β
Saya menerima keputusan yang ditolak melalui e-mel disebabkan dokumen tidak lengkap. Alhamdulillah kami diberi masa sebelum tarikh tamat tempoh pas lawatan semuanya berjalan lancar.
Dari situlah kami bertanya pada pegawai imigresen mengenai info atau dokumen apa yang perlu ada untuk permohonan secara online. Saya memilih Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya kerana lebih mudah untuk berurusan.
Info penting: Perlu ingat tarikh tamat tempoh Pas Lawatan Sosial Suami / Isteri. Permohonan Pas Lawatan Sosial Suami / Isteri perlu dibuat awal sebulan dari tarikh tamat tempoh pas. Contoh: jika tarikh tamat tempoh bulan Ogos perlu dibuat bβ¦