Gunakan MACS: Cepat, Mudah & Jimat Masa
📝 Nak tahu macam mana mohon dan menggunakan MACS dengan betul. Jom saya kongsikan diblog kali ini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
MACS hanya untuk perjalanan antara Malaysia dan Singapura, khas untuk perjalanan sempadan darat. Manakan perjalanan sempadan udara menggunakan sistem imigresen yang berbeza.
Apa itu MACS? MACS adalah sistem khas yang membolehkan warga asing masuk ke Malaysia dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu beratur panjang di kaunter imigresen. Serta tidak perlu cop setiap kali masuk. Ini dapat menjimatkan helaian passport supaya tidak penuh dan dapat mengurangkan kesesakan orang ramai.
Siapa yang boleh guna MACS ini?
Mereka yang sering ke Malaysia dan Singapura yang mempunyai pas tertentu dengan menggunakan perjalanan sempadan darat. Contohnya seperti suami saya yang mendapat Pas Lawatan Jangka Panjang Suami/Isteri. Kepada sesiapa yang sering ke Malaysia dan Singapura seperti lawatan keluarga, kerja, pas kahwin dan lain-lain boleh memohon MACS ini.
Dibawah saya kongsi beberapa gambar semasa membuat MACS
Cara mohon MACS
Dibawah adalah borang yang diperlukan:
Isi borang yang ditetapkan https://www.imi.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/pdf-NEW-MACS-FORM-1.pdf
Passport photo
Passport original / photocopy
Kad pengenalan original / photocopy
Pas Lawatan Jangka Panjang / photocopy
Sijil kahwin original / photocopy
Sijil lahir anak original / photocopy (sekiranya mempunyai anak)
Disana tiada servis photocopy, dokument-dokument diatas perlu dibawa ke pejabat MACS dan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 secara online / e-payment. Prosess sangat cepat.
Info lebih lanjut boleh baca disini https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pas/masc-my/
Setelah semuanya selesai, bolehlah ke border imigresen ikut laluan autogate untuk scan passport. Sekiranya menggunakan jalan darat menaiki kereta, perlu menunjukan pas MACS supaya prosess perjalanan lancar. Tempoh pas hanya untuk 1 tahun dari tarikh dikeluarkan. Sangat mudah dan cepat kan 🙂
Info lebih lanjut boleh baca disini https://johor.imi.gov.my/johor/borang/Malaysia%20Automated%20Clearance%20System%20(2022).pdf
Video: https://www.facebook.com/imigresenjohor/videos/997806581723161
KAUNTER PERMOHONAN MACS
Unit IMESC – IRDA,
Level 1, Wisma Sunway Big Box,
Persiaran Medini 5,
Bandar Sunway Iskandar Puteri,
79250, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim
Tel : +607-2333016
Waktu Operasi :
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 4.00 petang
(Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang)
Jumaat
8.00 pagi – 12.15 petang
2.45 petang – 4.00 petang
(Rehat : 12.15 petang - 2.45 petang)
(Sabtu, Ahad & Cuti Umum ditutup)








