Pengalaman Volunteer Covid -19 PPV
👋 Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Blog kali ini, Ekin nak ceritakan pengalaman Ekin menjadi volunteer di PPV KLCC Convention Centre.
Alhamdulillah, ramai rakyat malaysia yang dah dapat vaksin. Ekin berminat untuk jadi volunteer and kerja-kerja amal, niat adalah untuk nak bantu orang, one day my friend ada share pasal kerja kekosongan untuk volunteer and Ekin direct apply.
Penerimaan Keluarga Bila Join PPV
Firsty, bila apply Ekin akan fikir risiko join volunteer and penerimaan keluarga. Bila dapat join volunteer, orang yang pertama Ekin akan inform adalah abang Ekin because i stay with my brother's family. Sukar untuk abang nak lepaskan. Alhamdulillah, dengan keyakinan Ekin dapat join.
Berat hati untuk Ekin bagitahu mak ayah, i make a call and inform kat diaorg. Ya Allah, mana mak ayah tak risau kalau anak dia join PPV macam berdepan dengan perang, air mata mengalir bila oncall. Ekin yakinkan pada diaorang, niat untuk menolong orang. Alhamdulillah, mereka menerima keputusan Ekin. Ekin perlukan sokongan dan doa restu mak ayah.
Tugas di PPV
Before real-life PPV, kami diberi training and preparation mental health. Di PPV ada 5 station yang perlu kami tahu.
Saringan gejala dan suhu
Pendaftaran Myvac
Konsultasi dan persetujuan imunisasi
Suntikan vaksin COVID-19
Proses pemerhatian 15minit
Selepas kami diberi training, beberapa hari kemudian, kami akan bertugas di KLCC Convention Centre. Disana Ekin ditugas mengurus vaksin Pfizer. Tugas yang diberi menjaga vaksin Pfizer. Vaksin Pfizer ni suhu kena maintain 2-7'C supaya vaksin tidak rosak. Setiap vaksin sampai Ekin akan rekod kuantiti vaksin dan suhu setiap masa.
Pukul 9:00pagi Ekin akan sediakan vaksin untuk nurse sebelum mereka mulakan injection. Dalam masa 5 atau 6 jam nurse akan refill vaksin dan akan stockup barang-barang medic.
Setiap borang yang diberi pada penerima vaksin, Ekin akan collect untuk dikira supaya tiada kehilangan dan bilangan vaksin harus sama dengan borang. Agak mencabar tugas ni, dan perlu teliti.
Risiko di PPV
Bila bertugas ni, macam-macam kerenah manusia, ada yang takut nak inject, ada yang memilih vaksin, ada yang tak percaya pada nurse, ada yang tak nak amik vaksin, ada yang kuarantin tak sampai seminggu dan macam-macam lagi. Possibility, dapat jangkitan covid juga tinggi jika kita tak ikut SOP. "Lindung Diri, Lindung Semua"
Terima kasih!
Kenangan menjadi volunteer tak dapat dilupakan. Di PPV inilah dapat ilmu baru dari nurse dan dapat kenalan baru. Terima kasih semua!